Assalamualaikum... Setelah sekian lama blog ini menyepi, saya tiba2 rasa
terpanggil untuk menukil sesuatu yang menarik minat saya. Bagi saya ia
berkaitan nasib dan maslahah manusia terutama pelajar2 dan bakal pelajar bagi
memilih universiti manakah yang bakal menjadi pilihan mereka bagi meneruskan
perjuangan di jalan Allah dalam menuntut ilmu.
Alkisahnya begini, pada mulanya saya ada pernah mendengar dari salah seorang sahabat saya mengenai salah sebuah IPTA tempatan ada menawarkan program ijazah sarjana muda syariah dan undang2 (kalau tak silap saya lah...) yang berpusat di Nilai, Negeri Sembilan (kono jadi orang nogori la ekau).
Isu utama yang timbul di sini adalah mengenai program itu sendiri yang masih tidak diiktiraf sebagai professional yang mana mereka yang telah bergraduasi tidak boleh menjalani latihan dalam kamar di mana-mana firma guaman sivil. Walhal dari apa yang dikhabarkan kepada saya, silibus yang diajar di fakulti itu lebih daripada yang dipelajari oleh pelajar undang2 di universiti yang lain kerana mereka mempelajari syariah dan undang2 secara serentak. Malah mereka perlu mengambil masa selama lima tahun bagi menamatkan pengajian mereka di bawah program sarjana muda syariah dan undang2. Ini menjadi satu beban kepada mereka yang perlu mengambil masa lebih dari pelajar yang lain sedangkan mereka ini masih belum diiktiraf. Setahu saya sekarang sudah batch yang ke 3 yang telahpun bergraduasi dan tidak boleh melakukan apa2. Kerana kasihankan mereka ini, hati saya tergerak untuk menulis beberapa perenggan yang tidak seberapa ini bagi tujuan untuk dikongsikan kepada lepasan SPM supaya buat pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu meneruskan pengajian mereka dalam bidang perundangan. Lihat pada masa depan kalian andai kata kalian memilih IPTA seperti yang disebutkan penulis di atas, maka hancurlah harapan kalian untuk menjadi seorang peguambela atau peguamcara yang berjaya.
Oleh itu, sebagai umat Islam yang prihatin, apalah salahnya jika kita berkongsi sesuatu bukan untuk tujuan kita sendiri, tapi juga demi kemaslahatan ummah. Wallahua’alam...
Credit to: Ahmad
Almiftah
No comments:
Post a Comment